Kemuliaan Ayat Kursi

Assalamualaikum wbt. Sebagai umat Islam yang beriman kepada Al-Quran, Surah Al-Baqarah ayat 255 atau lebih dikenali sebagai Ayat Kursi merupakan satu rahmat kepada umat Rasulullah saw. Ayat ini telah diriwayatkan bahawa ketika turunnya ayat kursi, ia diiringi beribu-ribu malaikat disebabkan kemuliaannya malah darjatnya juga berada dalam kedudukan tertinggi di dalam Al-Quran. Ayat ini juga telah diturunkan selepas berlaku hijrah Rasulullah saw ke Madinah.

Berdasarkan pengalaman aku yang tak seberapa ni, ayat Kursi mempunyai pelbagai jenis kegunaannya malah mencakupi apa sahaja keadaan sekalipun. Cara penggunaannya juga mudah Pertama Baca Bismillah, Niat (penuh penghambaan dan sopan), Baca Al-Fatihah (wajib baca) seterusnya baca ayat Kursi. Insya Allah diizinkan Allah swt. Namun bagi aku yang paling penting sekali ialah PERCAYA! kerana Islam itu hanya layak bagi orang PERCAYA sahaja! DAN PERCAYA bahawa hanya Allah sahaja mentadbir segala makhluknya. Kalau tak caya cuba baca pengertian ayat kursi ini malah aku sendiri gerun membaca terjemahan ayat ini kerana ia menggambarkan kekuasaan Allah swt:
Allah, tiadalah Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhluk-Nya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izin-Nya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatupun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).
Tak usahlah kita asyik nak mengkaji jer rahsia Al-Quran sehingga kita terlupa nak beramal soleh dengannya. Dapat lak zaman akhir zaman ni bukan ramai lagi yang mendabik dada kononnya ia begitu hebat dalam agama. Sedih betul aku. Sepatutnya yang tinggi ilmu agamanya ia sentiasa merendah diri dan BERLAPANG DADA!
Selamat beramal! Amin.

Download Mp3 Ayat Kursi di Bawah ini
 
Download Button

Tidak ada komentar:

Posting Komentar